Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Sepanjang perjalanan karier gue sebagai pendidik sejak 2009, gue perasanlah every year mesti ada satu main event yang melibatkan warga pendidik seluruh Malaysia. Kalau tahun 2010, ada gotong royong perdana, last year ada pula larian serentak 1 sukan 1 murid. Tahun ni pulak merupakan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang melibatkan semua institusi pendidikan dari sekolah hinggalah ke IPG. Tujuannya selain dari mem"promote" 1Murid 1Sukan 1Malaysia secara meluas di sekolah, aktiviti ini juga dibuat dalam usaha mencatat nama dalam Malaysia Book of Records untuk acara senamrobik besar-besaran di Malaysia. Maka, pictures below menunjukkan aktiviti yang telah berlangsung di sekolah gue. Layan yer...

Register dulu sebelum aktiviti dijalankan

Ucapan daripada YDP PIBG

Ucapan Guru Besar



Antara aksi yang sempat dirakam sepanjang senamrobik

Instructor Senamrobik, Encik TV&DVD! hehehehe

Acara Selingan lepas Senamrobik: Mini Sukaneka untuk bebudak Prasekolah

Penyampaian hadiah untuk pemenang mini sukaneka Prasekolah

Ini pula untuk peserta senamrobik terbaik bagi kategori murid


Ini pula Ini pula untuk peserta senamrobik terbaik bagi kategori parents dan penjaga

Sekitar Hari Guru 2012 Di Sekolah Ku

I bet kebanyakan sekolah telah mengadakan sambutan hari guru. Begitu juga dengan sekolah gue. Well this year Hari Guru just disambut secara simple-simple jer after yang quite grand last year. Eventhough simple, tetap juga meriah kerana disambut bersama pupils dan the parents. Di bawah merupakan snapshots yang sempat dirakamkan oleh anak-anak murid gue. Gurunya ini malas nak amik gambar. hohohohoho. Sambutan Hari Guru disambut secara 2 fasa, 2 hari. Hari pertama disambut waktu pagi sahaja, yang lebih kepada aktiviti riadah dan sukaneka.


Jogging antara guru bersama murid...


And then acara senamrobik di bawah pimpinan jurulatih dari .......

DVD senamrobik! hehehehehe

senam ala ballet

tak sah kalau aktiviti sekolah takda bergambar sakan



Acara sukaneka. Boling Kelapa. Pelbagai Gaya stroke dilakukan untuk mendapatkan strike!


Acara sukaneka 2: Passing gelang getah pakai straw

Ihhihi Sempat memberikan pose menarik.


Acara bersama murid dan penjaga pada waktu malam sehari selepasnya. Ada persembahan, makan-makan, pertukaran hadiah antara guru sama guru dan juga dari pemberian hadiah daripada murid kepada guru

1 MAlaysia!. hehehehehe

Edisi Hari Guru: Guru, dan Tekanan?

Guru, Laoshi,Cikgu, atau Teacher. Lain sebutan tapi maksudnya sama. Kalau dalam perkhidmatan awam, nama rasmi jawatan guru dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) ataupun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS). Di Malaysia, jawatan guru ini unik dan istimewa, kerana jawatan ini wujud bukan sahaja di bandaraya-bandaraya utama di Malaysia malah meliputi daerah kecil, pekan-pekan mahupun kawasan pedalaman yang jumlah penduduknya yang mungkin kurang daripada 1000 orang. Dengan kata lain, di mana ada kampung, di situ ada sekolah, dan sudah tentunya di situ mesti ada guru.


Di kawasan luar bandar dan pedalaman, jawatan guru ini dianggap penting juga kerana mereka lah antara "penggerak ekonomi" setempat. Maksud gue, dalam jangka masa panjang (20 tahun ke atas) mereka ini membina generasi baru yang berilmu supaya boleh menjadi insan yang boleh memperbaiki ekonomi sesuatu keluarga. Dalam jangka masa pendek dan sederhana, guru dilihat menjana kerancakan ekonomi sesuatu kawasan kerana kuasa beli yang ada. Macam daerah tempat gue mengajar, majoriti penjawatan awam yang selalu memberi barang keperluan di pekan adalah guru. Tempat gue mengajar, guru memang menjadi sasaran bagi ibu bapa menjual hasil-hasil pertanian mereka seperti sayur-sayuran atau beras sehinggalah kepada hasil tangkapan ikan mahupun hasil buruan.

Selain itu di kawasan luar bandar dan pedalaman, guru juga memainkan peranan penting dalam menjadi "mata dan telinga" kerajaan. Sayugia diingatkan apabila disebut sebagai "mata dan telinga" kerajaan, bukanlah bermaksud politik ya, tapi lebih kepada penyebar informasi kerajaan seperti menyeru anak-anak berumur 12 tahun membuat IC, berusaha memastikan anak-anak murid yang layak mendapat bantuan yang memang telah diperuntukkan untuk kerajaan.


Namun begitu, seperti pekerjaan-pekerjaan yang lain, guru juga tidak lari daripada masalah tekanan kerja. Berdasarkan apa yang gue baca di papers mahupun di internet, serta pengalaman gue sendiri, tekanan kerja boleh terjadi akibat daripada tekanan daripada klien, masyarakat mahupun rakan sekomrad. Jom lihat satu persatu!

Tekanan daripada Klien

Tekanan daripada klien ini biasanya berlaku apabila jumlah klien adalah sangat besar dalam satu kelas. Sebagai contoh, maybe around 30 something and above. Well, dengan pelbagai ragam dan karenah setiap karekter pada klien, adalah menjadi satu cabaran besar bagi pendidik kerana ia menuntut kesabaran yang tinggi serta pendekatan psikologi yang betul. Lebih-lebih lagi kalau klien itu adalah remaja, suatu proses usia yang semua ingin mencuba, ingin memberontak dan ada yang lebih serius yang berani mencabar. Itulah yang membuatkan guru stress. Plus kalau yang tak perform well in academics pun menjadi punca tercetus tekanan kepada guru. Oleh itu, gue respek pada guru-guru yang berhati waja yang boleh senang-senang kontrol kelas yang jumlah muridnya boleh buat "1 kompeni askar". U all memang hebat.


Tekanan daripada masyarakat setempat.

Tekanan daripada masyarakat setempat juga boleh buat guru menerima tekanan secara tidak langsung. Pada pemerhatian gue, di era sosial networking, sering kali gue terbaca posting di Facebook daripada rakan guru yang menggambarkan walaupun cikgu kerjanya setengah hari, tapi cikgulah jururawat, tukang kebun, kerani, dan sebagainya. Itu semua kerana daripada persepsi masyarakat yang agak silap mengenai kerjaya guru. Secara tidak langsung ia memberikan sedikit tekanan kepada guru. Gue juga sering mendengar keluhan guru-guru senior yang mengatakan bahawa dulu jawatan guru cukup dihormati berbanding sekarang. Well ada benarnya dan pada teori gue, ia lebih menjurus kepada taraf ekonomi dan sosial masyarakat terutama yang berkait rapat dengan klien. Begini, pada 3 to 4 decades ago, guru cukup dihormati oleh masyarakat setempat kerana guru digambarkan dengan orang berilmu, suatu yang cukup jarang pada ketika itu. Kebolehpercayaan mereka terhadap guru untuk membentuk anak-anak mereka pun tinggi dan mereka juga supportive terhadap usaha guru mendisiplinkan anak-anak di sekolah. Kalau murid di sekolah dulu dirotan guru 1 kali balik rumah gerenti ditambah 1 kali atau 2 kali. Itu dari konteks sosial.Dari segi ekonomi, pada zaman dahulu rata-rata masyarakat ketika itu bekerja sara diri. Maksudnya dari segi makanan dan tempat tinggal mungkin tiada masalah kerana sumber makanan ditanam serta diternak sendiri manakala rumah pula gue yakin di tanah mereka sendiri. secara tidak langsung gue pikir mentally stress di kalangan mereka adalah di peringkat yang agak minimum. Tapi sekarang, masyarakat yang mempunyai pekerjaan yang profesional sudah sangat banyak. Kalau guru "terkucil" sedikit dalam memberikan info sudah dikomen berdas-das. Silap hari bulan disuruh guru itu pindah atau lebih sinis berhenti. Kebolehpercayaan terhadap guru untuk membentuk anak-anak mereka pun tinggi namun ada yang tidak berapa supportive terhadap usaha guru mendisiplinkan anak-anak di sekolah. Sekarang anak dirotan di sekolah barangkali akan diheret ke mahkamah, mahupun masuk newspaper. Yang penting anak murid ini mendapat A,A, A, dan A sahaja dalam subjek. Kalau bnyk A lagi bagus. Disipilin tutup sebelah mata sahaja. hehehehe. Dari segi ekonomi, rata-rata masyarakat bekerja makan gaji untuk menyara kehidupan. bayar pinjaman rumah, beli makanan dan sebagainya. Tekanan dari majikan juga menyebabkan mereka juga tertekan so kadang-kadang mereka cuba mengurangkan masalah mereka dengan tugas "mendisiplinkan anak-anak di tangan guru". Kalau yang anak tauke lagi best. Paham2x lah. hohohohoho


Tekanan dari Komrad

Gue kategorikan komrad dari rakan sekerja sehinggalah kepada pentadbir. Alasanannya mudah kerana komrad ini asasnya mendapat latihan serta pendidikan untuk menjadi guru dan asalnya pun hampir semuanya menjadi guru. Tekanan dari komrad juga merupakan tekanan yang sering ditempuhi para guru and infact mungkin menjadi "punca utama" segala tekanan yang dihadapi oleh guru. :). Tekanan beban kerja yang mungkin tak di"delegate" sesama rakan guru oleh pentadbir dengan baik, kerja pengkeranian, aktiviti-aktiviti yang bukan bersifat core business menjadi sebahagian daripada tekanan kerja para guru. Klien yang tidak dapat score dengan baik juga akan menambah tekanan guru kerana rakan sekomrad yang berada di atas pasti akan menyoal balik si guru.

Tekanan kerja memang menjadi lumrah bagi orang yang berkerjaya. Justeru itu, proses "destress" adalah amat-amat perlu. Beriadah, spending quality time with the love ones, serta beribadat adalah salah satu proses yang selalu dilakukan dan memang patut dilakukan. Overall. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Semoga anda sentiasa bersemangat dan mencintai profesion anda. Hoye!

Anda mungkin suka membaca:

FOOD chain

Ilham untuk membuat posting ini muncul tatkala membuat paper exam untuk Sains Tahun 5. hehehehe.


Food Chain. Hmmm salah satu cabang sains yang biasanya dipelajari bebudak sekolah di seluruh Malaysia. Gue mula-mula mendengar istilah ini seawal darjah lima (dalam subjek Alam dan Manusia). Oh ya subjek sains yang dipelajari bebudak sekolah sekarang belum diperkenalkan lagi waktu gue sekolah rendah. Kemudian gue mempelajari topik ini di kelas Biologi di sekolah menengah sampailah pada tahun pertama di Universiti.

Berdasarkan pengalaman gue menjadi guru Sains for almost four years, topik food chain and food web merupakan topik yang paling digemari oleh bebudak gue dan at the same time paling mudah bebudak ini score. Pertama sekali mungkin kerana topik ini begitu dekat di hati bebudak. Almaklumlah hutan belantara ibarat playground bagi mereka. Melalui topik ini juga, gue dapat melihat mereka begitu passionate memberikan idea mereka dan juga mempertahankan jawapan mereka sekiranya gue sengaja mempersoalkan jawapan mereka. Oh ya, melalui topik ini juga gue normally akan lebih lenient dalam menyemak jawapan mahupun berhati-hati ketika membina soalan ujian. Misalnya dalam soalan food web, kata soalan itu meminta murid membina food web daripada organisma seperti buah, ayam, musang dan beruang, usah terkejut sekiranya these kids akan menulis beruang dan musang dimakan oleh manusia kerana di tempat gue mengajar, musang @ beruang kadang-kadang adalah merupakan sumber protein kepada diet seharian. Justeru ini kalau gue membina soalan dari topik ini, gue mengelakkan untuk meletakkan manusia sebagai salah satu pengguna dalam food chain and food web.

Selain daripada topik Food chain and Food web, topik survival of the species pun always give me some surprises. Sebagai contoh pernah gue tanya pada murid gue, "Apakah yang menjadi ancaman kepada telur katak?" Murid-murid gue ada yang sebut ikan dan ada yang sebut manusia. Ya memang manusia menjadi ancaman juga kepada telur katak (kalau budak di bandar, abis telur katak di longkang dimusnahkan). Tapi jawapan dari salah seorang murid gue surprisses me, " sebab manusia makan telur katak, cikgu!""Cikgu tak percaya, itu telur pama' sedap kena buat pekasam cikgu!"


Semenjak 3-4 minggu ini, gue sering sahaja mendengar cerita daripada penduduk rumah panjang yang berhampiran ataupun di kawasan seberang yang selalu ternampak kelibat sang bedal terutamanya di kawasan anak sungai. Lebih dashyat ada yang bercerita salah seorang penduduk hampir menjadi mangsa akibat perahu "dilibas" oleh sang bedal yang terkejut sakan. Mana taknya tengah sedap sang bedal melintas tiba-tiba si penduduk ini (yang mabuk agaknya) telah sedap-sedap melalui badan sang bedal kerana teringat itu batang kayu hanyut. huhuhu. Well rata-rata mendakwa kelibat sang bedal yang semakin kerap dilihat mungkin sekali kerana arus sungai Rejang yang tak sekuat lagi dulu selepas terbinanya empangan Bakun. Well padanlah dengan pepatah "air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Betul kerana buaya tak suka air deras. Gue akui arus sungai Rajang pun dah tak bergelombang seperti dulu semenjak empangan Bakun ini beroperasi.

Memandangkan tempat-tempat yang didakwa selalu sang bedal muncul adalah merupakan tempat permainan bebudak gue, gue mengambil inisiatif untuk menasihatkan bebudak gue supaya berhati-hati bila berada di tepi sungai. kalau boleh jangan terjun pun di tepi sungai. Tapi jawapan yang gue dapat, " Mana ada baya' makan manusia, cikgu. Dia suka makan anjing!" Wau memang berani dan selamba jawapan bebudak gue. Ni mesti ada bau-bau bacang dengan Rentap nih. Gue menjawab, "Kalau baya' suka makan anjing kenapa banyak kes buaya makan orang di Sarawak terutama sungai Batang Lupar?" Hehehehe soalan ini membuatkan murid-murid gue terkoma seketika. Then salah seorang menjawab, "Ni mesti dorang tak buat miring bila tertangkap buaya atau makan daging buaya". For information, sang bedal boleh dianggap sebagai haiwan yang begitu sebati dengan budaya dan adat resam masyarakat Iban. Adalah mali (tabu) bagi seseorang itu memakan daging buaya. Sekiranya termakan atau tertangkap buaya (tak kira besar atau kecil) seluruh rumah panjang ini akan mengadakan upacara miring supaya buaya-buaya ini tak balas dendam terhadap mereka . Tak lama kemudian, gue ditanya soalan susulan, "Cikgu, kenapa buaya makan manusia cikgu?" So jawapan gue, " Well, kamu harus ingat walaupun kita manusia kita adalah organisma benda hidup sama seperti haiwan dan tumbuhan. Makanya kita pun sebahagian daripada food chain. Maka hati-hatilah kamu semua kalau pergi ke hutan, ka sungai ka kerana kamu sebahagian daripada food chain. Yang membezakan sekarang ialah kamu pemangsa atau mangsa!" hohohohoho


pama' = Batrachostomus auritus. Sejenis katak besar yang selalu menjadi makanan eksotik di restoran cina

Cenel Radio

Mukadimah: Posting ini dihasilkan tatkala mendengar lagu Radiohead, "High and Dry"

Izinkan gue untuk memulakan posting ini dengan menyelitkan video music Sheila On 7 yang berjudul "Radio".


Lama aku terpisah
Dari dirinya
Sekian lama

Lama sudah berlalu
Tapi jejaknya
Tertanam s’lamanya

Dia s’lalu ada
Di dalam doa
Terselip nama
Di dalam doa

Reff :
Lewat radio aku sampaikan
Kerinduan yang lama terpendam
Terus mencari biar musim berganti
Radio cerahkan hidupnya
Jika hingga nanti/mati ku takbisa
Menemukan hatinya
Menemukan hatinya lagi

Lama sudah berlalu
Tapi jejaknya
Tertanam sl’amanya

Dia s’galanya bagiku
Dia s’galanya bagiku
Apa yang terjadi jika kugagal menemukannya


Kalau duduk kat area pedalaman ni, kalau anda pendengar tegar siaran radio, cabarannya mungkin untuk mendapatkan siaran radio yang banyak. Kalau nak dapat siaran radio swasta memang tipis kecuali kalau anda memiliki piring "macam-macam ada". Ketika mula-mula posting, memang mau tak mau terpaksalah mendengar chanel-chanel radio milik gomen. Well jika dibandingkan dengan radio swasta, memang kuranglah lagu-lagunya kerana ia harus diseimbangkan dengan slot lain seperti berita, program motivasi, pesanan khidmat masyarakat (Jako PEsan untuk chanel Iban) yang lebih kepada menghebahkan berita kematian or berita keluarga. Kadang-kadang ada juga gue orang announce Sukan PIBG sekolah dorang kat radio! Adalah juga keunikannya kerana kalau radio swasta ia lebih kepada lagu semata-mata or iklan yang banyak. Kalau panggilan pendengar lebih kepada prank calls (macam GotCha! or Panggilan Hangit) or pendengar memberi pendapat mengenai isu yang dikeutarakan.


Pada waktu malam, let say around (8-9pm), rata-rata radio gomen yang gue dapat tangkap siarannya lebih kepada slot memutarkan lagu-lagu permintaan. Kadang-kadang ada juga chanel seperti Chanel Wai FM (Channel Dayak) akan membuka panggilan untuk para pendengar menyampaikan request lagu secara live.

Sebut pasal request lagu semasa gue sekolah menengah dahulu, acara ini request lagu kat radio memang lah aktiviti yang sentiasa dibuat oleh bebudak asrama kat sekolah gue. Almaklumlah, pada zaman itu internet masih tahap dial up, Mark Zuckenberg masih lagi High Skool. Jadi salah satu aktiviti "xda kerja" yang selalu dilakukan oleh bebudak asrama ketika itu ialah membuat panggilan request lagu kat radio. Masanya pula sekitar jam 10 malam ke atas. Dulu persaingan untuk call mcm sengit. Selalu engaged. Tapi kalau dapat pergghh macam kena nombor loteri. Kadang-kadang gue notice some of my schoolmates akan membuat panggilan secara "brute force" yakni memaksimumkan semua penggunaan telefon awam yang sama ke atas stesen radio.

Makanya terjadi setiap kali panggilan masuk ke radio, kebanyakkan adalah dari sekolah gue. Mula-mula si A, lepas tu si B kemudian si C dan seterusnya. Tapi lucunya dedikasi tetap pada circles of friends until ada sorang deejay radio curiously ask, "are you from MRSM?" coz balik-balik dapat panggilan sama. Tapi kadang-kadang ada juga yang menyamar jd orang luar supaya tak kedapatan oleh si Deejay. Well very nostalgic jika difikirkan semula. hohoho


P/s: Rindu nak dengar live telecast Sarawak main bola kat radio

I Like To Eat Ripong, Teacher!

Not long ago semasa gue diberi mandat untuk mengajar English Language, gue suka bertanya soalan-soalan spontan yang berasaskan pemakanan seperti "What did you have breakfast@lunch@dinner?" ataupun soalan sebegini, "What do you like to eat?" or "What is your favourite food?".

Well saja gue tanya soalan sebegini sebagai ice breaker. Plus dengan tanya soalan makan juga gue boleh tahu latar belakang sosioekonomi budak yang gue ajar secara tidak langsung. Kalau soalan apa yang budak suka makan, normaly kalau di kawasan bandar or yang mudah nak ke bandar, jawapan yang gue dapat mostly kfc, burger, satay and so on.

Tapi kalau di kawasan pedalaman kadang -kadang terdengar juga nama haiwan eksotik yang menjadi kegemaran murid murid in seperti babi hutan, entabeih (kelawar yang besar), musang, pama' (katak sungai), tenggiling, ripong and even ular sawa.Untuk posting kali ini, gue nak highlight satu makanan eksotik yang jadi kegemaran some of my pupils, that is ripong.


Ripong adalah sejenis keturunan ular sawa yang biasanya dijumpai di kawasan hutan tropika (area belukar, paya mahupun tebing sungai) Asia Tenggara. Kalau di Semenanjung Malaysia ripong dikenali sebagai ular sawa pendek. Kalau di kalangan peminat ular sedunia, ia dikenali sebagai blood python ataupun short tailed python. Kalau kat kampung mak gue, ia dikenali sebagai Jepoh Betoh Dewon (Ular Mata Daun). Thanks to Dictionary Iban to English, written by Anthony Richards, gue berjaya mendapat nama scientificnya sekali iaitu Python curtus.


Dari segi anatominya ular ini boleh memanjang sehingga 5 ke 8 kaki dan hujung ekornya pula sangat pendek jika dibandingkan dengan panjang keseluruhan. Warnanya pula dari coklat kehitaman sehinggalah kepada warna yang merah seperti darah (tula sebabnya namanya blood python!). Tapi kalau ikut pentaksonomian, ripong yang selalu dijumpai di Semenanjung Malaysia adalah di bawah subspesies Python curtus brongersmai Stull, manakala di Sarawak rasa-rasanya ada 2 jenis iaitu Python curtus breitensteini Steindachner, dan Python curtus breitensteini Schlegel.





Contoh-contoh ular ripong. Tapi yang 2 gambar di bawah commonly found in Sarawak

Ripong ini pula kalau di negara barat ripong ini disimpan sebagai haiwan peliharaan eksotik (macam iguana). Kadang-kadang ianya juga diternak untuk kulitnya. Tapi di Sarawak, ripong diburu sebagai sumber protein masyarakat peribumi. According to the locals, ripong rasa-rasanya seperti daging ayam. In my opinion, selepas gue berpeluang merasa isi ripong ini few weeks ago gue berpendapat rasa ripong ini seperti kepingan ikan fillet (dory fish fillet) yang biasa kita beli di supermarket. Apapun mungkin ia bergantung kepada cara masakan individu. Still I do agree the ripong's flesh texture is better than ular sawa besar (keras dan liat) kerana ia lembut. Silap haribulan mungkin ada yang confuse sebagai ayam.

Cara masakan yang lazim dibuat oleh masyarakat Iban mahupun Bidayuh untuk ripong ini lazimnya digoreng dengan serai. Tapi ada yang cakap lebih sedap masak pansuh (dimasak dalam buluh) ataupun dimasak kari.
Picture Credit: http://onyal.blogspot.com




Sebut pasal kari, adakah semua masakan haiwan eksotik yang di Sarawak paling sedap kalau masak dengan kari coz semasa gue baca mengenai Ikan empurau (Ikan paling mahal di Sarawak yang boleh mencecah ratusan ringgit per kg) kebanyakan yang claim paling sedap dimasak kari!

Seperti gue belajar daripada masyarakat Iban tempat gue mengajar, walaupun ular boleh dimakan oleh mereka (yang masih berpegang kepada kepercayaan adat resam) tetapi apabila mendapat "alamat" melalui mimpi mengenai ular, mereka ini biasanya tidak akan makan lagi daging ular. Ini kerana bagi kepercayaan masyarakat Iban, kadang-kadang ular ini adalah jelmaan nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia yang berpesan kepada anak cucu supaya tak makan ular lagi. Memakannya akan dianggap sebagai perbuatan yang mali (taboo in english, or peris in Bidayuh Biperoh). Nice info kan about the culture kan?

P/s: A five metres python if caught in a kampong in West Malaysia might be a news headline for tommorow's newspaper, but a five metres python if caught in a Dayak kampong in Sarawak will be a wholesome exotic meal for the villagers.