Showing posts with label Mok Soon Sang. Show all posts
Showing posts with label Mok Soon Sang. Show all posts

MTEST

For the past few days gue mendapati pada trafik blog gue, para pengunjung rata-rata singgah di posting ini di blog gue berdasarkan keyword "Mok Soon Sang" dan juga "mtest" pada carian google. Gue rasakan kebanyakan para pengunjung ni tgh cari tips2x buku Mok Soon Sang tetapi rasanya mungkin ada perasaan kecewa di benak pikiran sekiranya mendapat tahu cuma ada puisi yang didekasikan untuk Mok Soon Sang sahaja. hehehehe

Tapi memang benar sekarang adalah musim mtest coz few days ago seorang sahabat lama dari UMS meminta nasihat dan pandangan dari gue persediaan menghadapi mtest dan jawapan gue tak lain dan tak bukan, "ko carilah buku mtest itu di kadai buku".

Bagi sesapa yang nak jadi guru, masuk keja guru 5 tahun yang lepas, MTEST merupakan sesuatu halangan pertama yang perlu ditempuh terlebih dahulu sebelum seseorang itu pergi ke halangan seterusnya iaitu interview. Selain Mtest ada juga ujian Medsi tapi kalau gue tak silap Medsi ini untuk masuk kursus pendidikan di IPTA untuk jadi guru di sekolah menengah manakala Mtest untuk masuk IPG jadi guru di sekolah rendah.

Namun begitu sekali gue ingatkan both test adalah halangan pertama untuk masuk bidang cikgu-cikgi nih. Kenapa ada mtest? why? Tim Kai ya? Jawapannya senang sahaja. Selepas bidang perubatan dan farmasi, pendidikan adalah kursus yang menjadi rebutan bak pisang goreng panas. Tapi memandangkan permintaan melebihi kuota manakala ujian penskrinan adalah salah satu cara yang praktikal dan saksama untuk suma orang yang mau jadi guru.

Gue juga sempat berpesan kepada rakan gue supaya to treat this mtest mcm spm kalau mau masuk KPLI ambilan kali ini coz pada pengalaman gue ramai yang dapat masuk KPLI setelah melepasi mtest beberapa kali. Kenapa gue suruh treat mcm SPM? Macam kita amik SPM dulu, kebanyakan kita akan study hard, smart so kita dapat sko dan amik kursus yang diingini tak kira matrik , diploma, A-level, lokal dan internasional. sama juga kalau mtest, kalau mau lepas mesti juga study hard so dpt sko and lepas halangan kan... hehehehe.

Apapun sapa-sapa yang akan ambil mtest and kebetulan baca posting ini, ingat pesan gue tu dan semoga berjaya hendaknya. Gambate neh!

Mok Soon Sang

Mok Soon Sang........
Bagi sapa2x yang pernah cuba hendak menjadi guru (apply cigu and dapat test mahupun interview), menjadi guru pelatih, dan
Selepas itu menjadi guru untuk bertahun-tahun lamanya,
Pasti pernah mendengar namanya......
Kalau tak penah dengar namanya maka tak obsevantlah orang itu........
Beliau telah memberikan harapan kepada ramai insan2x
Yang ingin menjadi guru di Malaysia dalam 4-5 tahun untuk menghadapi ujian kemasukan menjadi guru (glamorly known as IMSAK @ MTEST) dengan hati agak tenang.
Di kala ada di antara mereka yang menjadi guru pelatih,
dialah yang paling dicari orang sebagai sumber ilmu pendidikan,
di rak-rak perpustakaan di mana-mana institut perguruan....
dan setelah seseorang itu menjadi guru yang tetap dan berpencen.... (sah jawatan ya)
Dialah juga sumber inspirasi dan kekuatan......
Untuk lulus PTK...... (4,4)........
Ya....memang benar..........
Ada insan dan tokoh yang lebih besar jasanya dalam dunia pendidikan
Tetapi bagi insan yang bercita-cita untuk menjadi pendidik.....
Dan berusaha untuk menjadi pendidik.......
Dialah pembukanya..................



Bagi sapa yang pernah cuba menempatkan diri dalam KPLI samada sukses atau tidak, pasti nama Mok Soon Sang akan menjadi sebutan coz dialah antara penulis buku ujian kemasukan guru (Mtest) dan apabila menjelang permohonan KPLI musim baru dan ada yang dijemput untuk ambil ujian, Buku beliaulah yang paling dicari orang. Sebagai contoh ketika gue pergi ke MPH mahupun Popular mencari buku and time tu sekitar bulan empat adalah musim Mtest, Buku Mtest beliaulah antara yang sold out. Even sekarang musim mTest musti ramai yang akan mencari buku menjawab mTest nukilan Encik Mok Soon Sang.

Itu b4 jd guru pelatih. After jadi guru pelatih, buku beliau masih lagi menjadi pilihan para guru pelatih di IPG sebagai sumber mempelajari ilmu pendidikan. Tak kira dari teori pembelajaran sehinggalah kepada pedagogi pendidikan, musti ada namanya sebagai penulis buku. Bagi sapa2x yang pernah menjadi guru pelatih tahun 2003 ke atas, memang mustahil la if dorang tak tau sapa itu Mok Soon Sang. Kenapa musti buku Mok Soon Sang jadi pilihan? Senang ja, padat, ringkas dan mampu milik. Tambahan pula dalam bahasa kebangsaan. Mudah dipahami dan tak perlu translation ketika dijadikan bahan rujukan untuk assignment mahupun presentation. :)

Bila dah jadi guru yang sah jawatan (tetap dan berpencen), ujian PTK la yang paling dinanti oleh para guru. Mau dapat tahap 4,4 mustilah kena rajin belajar. Tapi........ kertas PTK bukanlah mcm kertas SPM yang diberi kebenaran cetakan untuk penerbit yang mahu menerbitkan balik. Jd, buku persediaan menghadapi PTK or panduan menjawab PTK la hasil nukilan Mok Sung Sang yang sentiasa dicari oleh para guru-guru tak kira copy ori mahupun xerox. Pendek kata buku2x nukilan Mok Soon Sang juga yang memberikan sedikit sinar untuk guru membiasakan diri dengan PTK.

Kesimpulan, dalam era masa kini, nama Mok Soon Sang secara tidak langsung amat sinonim atau dekat di hati para bakal guru, guru pelatih, mahupun guru tetap dan berpencen dan sumbanganya walaupun "kecil" tetapi bermakna juga kepada gue kerana gue pun pernah guna buku karyanya untuk membiasakan diri menghadapi soalan mTest sebelum berjaya menempatkan diri dalam bidang perguruan yang penuh mencabar tatapi pada masa sama menarik. he3x