Ketika entry ini MULA-MULA dibuat, pasukan Ngap Sayot sedang berjuang habis-habisan menentang Kuala Lumpur dalam usaha mendakap Piala Liga Perdana 2013, suatu kejuaraan dan kejayaan yang amat didahaga dan dinantikan oleh peminat bola sepak team Ngap Sayot a.k.a SARAWAK!. Kali terakhir pasukan Sarawak menang piala dalam mana-mana kejohanan bolasepak professional ( or so called profesional) di Malaysia ialah pada tahun 1997 iaitu Liga Perdana (Equivalent to Liga Super sekarang) dan juga Piala Sumbangsih 1998 (menang 3-1 lawan Selangor). Well after so many turbelence in Sarawak football for the past five years, I guess the supporters and even the team deserve the championship.Kali ini saya cuma nak berkongsi pandangan saya mengenai perkembangan dan prestasi pasukan Ngap Sayot pada perspektif saya. Saya akui sepanjang 2013 ini, cuma 2 kali sahaja saya bertandang ke stadium (due to my work nature) melihat team Ngap Sayot beraksi. 1st match melibatkan Harimau Muda A (friendly) dan satu lagi ialah match melibatkan Kedah. However, thanks to social media sperti Facebook mahupun twitter, saya mampu untuk mengikuti perkembangan team tak kira live updates or cerita di belakang tabir. Makanya ini yang saya lihat....
Sarawak memulakan tahun 2013 dengan terjerumus ke Liga Perdana (equivalent to Divisyen 2 liga semi pro dulu-dulu). Sesuatu yang agak mengecewakan juga kerana pasukan yang biasa kita kalahkan dalam Liga Super 2012 both home and away seperti Felda United, PKNS, dan Johor FC yang bertukar menjadi team bintang mencari bintang JDT, masih bisa stay di Liga Super manakala team Ngap Sayot kita pula tewas di tangan Pahang dalam playoff. Ini semua angkara FAM yang tiba2x datang bulan menukar format pertandingan last-last minute dengan alasan menjimatkan belanja. Apa??????. Few weeks sebelum Pra musim Liga Perdana 2013 telah timbul saranan dari fans untuk FAS menukar coach Robert Alberts serta few players kerana beranggapan coach RA dianggap telah gagal KPI beliau untuk memastikan Sarawak kekal Liga Super. Ada juga yang telah menyaran agar coach Haji Zaki yang instrumental dalam mengangkat kebangkitan awal team pada 2011 sebelum diambil oleh R.A. Akhirnya FAS mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak beberapa pemain local import seperti Yosi Derma Rajoo (bek kental Sime Darby sekarang) K Ravindran, K Rajan, dan K Depan (simpanan mati pasukan Sarawak). Tonggak import Sarawak Joel Epalle pun tidak ketinggalan disambung kontrak beliau. Paling mengejutkan apabila orang kuat jentera serangan Sarawak Zamri Morshidi mengambil keputusan untuk berkelana di PKNS dalam Liga Super. Namun begitu coach R.A bernasib baik kerana terus mendapat kepercayaan FAs. Ini mungkin sekali kerana beberapa kekalahan yang melibatkan team Sarawak tidak juga seratus peratus jatuh di tangan coach RA. mutu pengadilan yang agak biasnya memainkan peranan. FAS juga pada masa yang sama telah mengikat orang kuat dalam defend team Sabah iaitu Ronnie Harun serta Mafry Balang. Paling menggembirakan peminat adalah kepulangan the prodigal sons iaitu Joseph Kallang Tie yang telah "abis konvo" di Terengganu serta Bobby Gonzales (penjaring terbanyak Ngap Sayot dalam kempen Liga Perdana 2011). Dari segi pemain import the mighty Guy Bwelle masih diperlukan lagi servicenya. Tidak dinafikan beliau begitu instrumental dalam mengemudi jentera tengah sarawak dengan larian bertenaga, hantaran padu biarpun selalu sahaja mendapat kad kuning akibat temper serta sliding tackle yang tidak perlu. untuk posisi striker after so many trial the management akhirnya bersetuju untuk mengikat pemain dari Croatia iaitu Ivan Babic.
Dengan perkembangan positif yang ada memang pasukan dalam keadaan moral yang baik untuk ANGKAT BALIT team ke Liga Super 2014 biarpun ada saingan kali ini lagi mencabar. Kita ada Sabah, Kedah yang ada regulars dalam team K Rajagopal. Ini tak termasuk Johor yang tiba2x nampak kuat (siap mengalahkan JDT dalam game pra musim). Walau bagaimanapun sebelum liga bermula team dikejutkan dengan kecederan ACL oleh kereta kebal Sarawak Dzulazlan Ibrahim ketika friendly menentang Harimau Muda A. Perlawanan Liga Perdana Ngap Sayot bermula dengan langkah kanan apabila kita menewaskan Perlis di gelanggang lawan. Dalam 7 perlawanan pertama, team Ngap Sayot taklah terus nombor 1 sebaliknya mengikuti rapat team lain seperti team PDRM. Team PDRM nampak boleh tahan juga sehinggalah apabila perlawanan di Kuching rekod tanpa kalah PDRM disayot oleh Ngap Sayot. Ingatkan dapat terus naik nombor satu tapi tidak juga. Sebaliknya team satu lagi iaitu team Sime Darby yang terus menerajui liga biarpun mata kedua-dua team sama. Cuma Sime Darby berkelebihan beza jaringan yang besar thanks to mesin golnya yang power iaitu Karlo Primorac. Sehingga pada suatu ketika team Ngap Sayot berpeluang untuk merampas tempat pertama liga ketika menentang Sabah. Namun begitu menentang jiran, Sabah ni ada susah sikit. Biarpun prestasi Sabah Hawks merudumm tapi apabila lawan Sarawak, team ini ada aura yang semacam. Sebagai bukti kita cuma mampu seri lawan Sabah. Sarawak menutup pusingan pertama di tempat kedua apabila menewaskan skuad Hijau Kuning 1-0 di gelanggang sendiri. Sepanjang pusingan pertama Sarawak memang kebal di gelanggang sendiri apabila MENYAYOT hampir semua team yang datang kecuali Sabah. Dalam kempen Piala Fa our team juga not bad apabila masuk ke quarter finals menentang Kelantan. Namun begitu nasib tidak menyebelahi Ngap Sayot apabila tewas 2-0 di stadium negeri (the first and hopefully maybe the last sampai ke Malaysia Cup). ketika itu adalah 3 gol sarawak yang tak dikira. huhuhuhu
Perjalanan dalam skuad nampak smooth sahaja sehinggalah pada bulan April apabila pintu perpindahan dibuka. Coach RA telah menjemput beberapa foreign players untuk datang trials sedangkan pada kaca mata kebanyakan peminat the team is doing well. RA juga telah membuat hint bahawa sekiranya ada pemain yang datang trial ini berjaya mengimpress beliau makanya salah satu daripada import yang sedia ada have to go. Mungkin kerana tekanan ditambah lagi salah faham (God knows why) our mighty Guy Bwelle telah mengepost satu status yang mengejutkan ramai fans yang mengatakan mungkin April ini adalah yang the last baginya. Namun nasib baik ong bagus masih menyebelahi beliau apabila Muammer Salibasic telah dihire untuk menggantikan Ivan Babic biarpun Babic bnyk juga menjaringkan gol penting seperti gol tunggal kemenangan mahupun penyamaan seperti yang dilakukan beliau pada match terakhir ketika menentang Kedah di Alor Star. Walaupun begitu, hidup mesti terus. Terdapat juga sedikit kejutan pada April namun kali ini yang positif lah apabila seorang lagi player Ngap Sayot yang dinyatakan awal-awal entry tadi, Zamri Morshidi yang bermain untuk PKNS di Liga Super mengambil keputusan untuk kembali kepangkuan Ngap Sayot. Muammer Salibasic sedikit demi sedikit menambat hati peminat Ngap Sayot dengan dribbling skills beliau, sesuatu yang sangat dirindui peminat selepas era Robert Eshun. Beliau juga telah berupaya menjaringkan gol-gol yang penting serta membuat assist untuk pemain lain. Pada masa yang sama RA juga merekrut seorang lagi pemain kelahiran Sabah-Sweden yang memegang pasport Malaysia yang bernama Putera Nadher Amarhan ataupun lebih dikenali dengan nama yang tertera pada no jersey 15 beliau, Junior Eldstal. Sebelum join Sarawak, beliau mempunyai pengalaman bermain bola di England dalam Vauxhall Football League. Menerusi twitter beliau, apa yang menariknya mengenai Eldstal ini ialah bakat beliau sebagai footballer di Malaysia dikesan oleh legend import Sabah iaitu Scott Ollenranshaw ini bukanlah pada perlawanan bola tapi sebalik lawn ball dalam Borneo Cup.
Berbalik kepada perkembangan liga selepas itu, kemenjadian pemain no 9 Sarawak iaitu Bobby Gonzales juga terserlah. Ditolak dengan game lawan KL, secara purata beliau telah score 20 gol dalam 20 match Liga Perdana. 23 kalau tambah Piala FA namun semua itu tidak dipandang oleh Dato K Rajagopal kerana beliau kenal beliau pemain beliau. Mungkin juga Dato Raja ingat Bobby Gonzales ni import dari Mexico, balow balow Chicarito yang main di Manchester United. Lebih manis lagi gol perlawanan penting menentang Sime Darby di Kuching oleh beliau telah menjadi turning point apabila buat pertama kali Sarawak berjaya take over takhta kedudukan pertama liga dari Sime Darby dan seterusnya menamatkan rekod tanpa kalah Sime Darby. Bibit-bibit juara terserlah lagi apabila Sime Darby kalah pada KL SPA 1-0 seterusnya menyebabkan perbezaan mata menjadi 4 mata. Akhirnya tanggal 24 June 2013, maka tercipta sejarah serta penantian di bumi Sarawak apabila Ngap Sayot berjaya menokhtahkan kejuaaran Liga Perdana selepas hampir 16 tahun menanti. Apa yang menariknya kejuaraan ini berlaku di bumi Sarawak menentang Kuala Lumpur, pasukan yang sama ditewaskan di Kuching ketika Sarawak berjaya merangkul Piala pertama mereka dalam sejarah bolasepak Malaysia iaitu Piala FA back in 1992.
Jadi jika ditanya saya apakah faktor kejayaan Sarawak selain daripada usaha keras para pemain dan management, inilah pendapat dan pandangan saya.
Langkah Berani FAS
Adalah menjadi suatu kelaziman bagi pengurusan sukan terutama pasukan bola di Malaysia untuk melakukan rombakan besar-besaran. Buang pemain buang coach buat selection. Namun begitu FAs mengambil pendekatan berani dengan mengekalkan hampir kesemua players dan coach. yang ditamat kontrak pun kebanyakan lokal import yang menjadi simpanan mati dalam team semasa kempen Liga Super 2013.
Kekebalan Back Four
Tak dapat dinafikan barisan pertahanan mantap dan konsisten yang diterajui oleh Ronny, Mafry, Ramesh dan Hairol menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan. Sangat berbeza keadaan pada season 2012 apabila backfour ini mudah ditembusi lawan.
Player Sudah Serasi
Mana-mana team terrer di dunia yang champion, macam mana boleh jadi champion adalah sebab player sudah serasi bersama malah ada yang bertahun-tahun bermain bersama. Begitu juga dengan player Ngap Sayot, apabila hampir semua dikekalkan keserasian sudah mula timbul.
FANS FANS FANS FANS FANS FANS
Jatuh bangun moral pasukan juga bergantung kepada sokongan padu peminat. Walaupun team Ngap Sayot jatuh liga pada mulanya namun sokongan Fans tetap padu. kemunculan fan pages penyokong di facebook yang tak putus-putus memberikan sokongan, pendapat, kritikan serta updates terkini yang kadang-kadang ekslusif. Buktinya sepanjang musim stadium tak pernah lengang tetapi penuh dan kadang kala sendat bila melibatkan match penting. Inilah faktor yang paling utama.
Kita dah champion so what's next?
Well perjalanan team masih lagi jauh. short term ialah to end the campain with style TANPA KALAH melalui match terakhir lawan Sabah di Likas. At the same time kita mau juga emulate ATM last season yang lepas menang liga perdana sukses di Piala Malaysia sampai masuk final dan sekarang team berpengaruh di Liga Super. I believe our Ngap Sayot can do it. I KNOW WE CAN DO IT.
NGAP SAYOT!
2
comments